Tuesday, September 6, 2011

End of the line

Dah lama tak blog ni. Idea pun takde. Masa pun habis dekat anak je. Lupa nak cerita, aku dah sebulan dapat anak. Lelaki. Obsesi terbaru untuk aku dan isteri. Banyak benda baru aku belajar nak membesarkan seorang anak. Rasa matang pun ada. Sekarang baru aku faham macam mana susah orang tua aku nak besarkan aku.

Selain rasa susah semua tu, aku lebih rasa happy. Orang cakap anak ni pembawa rezeki. Memang betul pun. Buat pulak masa tengah hari raya ni. Poket aku memang penuh dengan duit raya dia. Asal bawak beraya ke mana-mana memang tak kurang dari RM 10 sekali dapat. Dan tiap-tiap kali aku simpan duit dia dalam poket, isteri aku mesti jeling kat aku. Jeles la tu dia tak dapat duit.

Panjang cerita pulak. Blog ni dah nak tutup pun. Aku dah takde masa nak blogging lagi. Masa aku sekarang untuk anak aku. Apa gila nak blogging sambil dukung anak? Bahaya tu bro.





Dari kecik memang kena didik sokong team yang power. Biar semangat champion dah ada dalam diri. Chelsea? Arsenal? Barca? Pergi mati!

Tuesday, May 24, 2011

SMART Tunnel

Aku tengah mempertikaikan apa smart nya SMART Tunnel ni sebenarnya. Dah 2 hari aku ikut Jalan Sg. Besi masa nak pergi kerja. 2 hari ni juga la punch card aku kaler merah. Terima kasih di atas penutupan SMART Tunnel sebab tengah buat sistem banjir.

2 hari ni juga KL tidak mengalami hujan yang lebat. Tapi apa jadahnya nak tutup SMART Tunnel ni kalau takde banjir kat KL. Buang tebiat atau taknak kutip duit tol?

SMART Tunnel ni aku yakin makan belanja yang besar masa nak buat. Tak salah aku SMART Tunnel ni tak siap pada waktu yang ditetapkan. Kena tambah 3 tahun lagi baru siap. SMART Tunnel ni juga menggunakan TBM paling besar dalam dunia masa proses pembuatan dia. TBM ni ialah mesin pengorek lubang untuk membuat terowong.

Semua ni aku tau lepas aku tengok proses pembuatan SMART Tunnel dekat Discovery Channel. Lama aku tak tengok cerita yang ilmiah. Semua ni salah Kim Kardashian sebab aku semakin rajin layan E!

Balik kepada SMART Tunnel. Aku tak salahkan kerajaan kalau nak buat projek canggih-canggih macam ni. Tapi kita patut kaji baik buruk projek tu. Kalau SMART tunnel digunakan untuk mengalirkan air dari KL dilanda banjir, baik baiki sistem perparitan kat KL ni. Sistem perparitan kita ni penuh dengan sampah dan bayi yang dibuang. Takde inisiatif ke nak baiki?

Untuk sebuah lebuhraya yang memakan duit RM2 setiap tol sehala, aku memang harapkan servis yang baik. Bukan kejap buka kejap tutup macam Melayu buat bisnes. Kalau SMART Tunnel yang memakan belanja berjuta ni hanya boleh buat sistem banjir, lebih baik kita baiki sistem perparitan kita. Takde la sakit hati aku redah jem tiap-tiap pagi.

Saturday, April 16, 2011

Hujan (Live in KL)



Gambar di atas adalah senario biasa setiap kali hujan lebat di Kuala Lumpur. Sebagai pembayar cukai di Malaysia ni, salah ke aku mengutuk sistem perparitan kita? Nak tunggu kereta menteri atau Sultan overhaul baru nak ambil tindakan?


Aku harap pihak berkaitan boleh selesaikan masalah ni. Ini kira masalah rakyat juga. Jangan asyik sibuk berdebat isu video porno Anwar je.

Tuesday, March 1, 2011

Fastfood dan orang Malaysia

Fastfood dan orang Malaysia memang tak boleh dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Kesibukan kerja adalah alasan utama untuk orang Malaysia ni melantak fastfood tanpa mengira waktu. Tak baik untuk kesihatan? Tu belakang kira. Paling penting perut tak masuk angin.

Food court IKEA ni aku consider sebagai fastfood. Makanan semua dah ready. Tak payah tunggu makanan nak dimasak macam kat warung atau restoran. Hanya makanan ala western je yang ada di sana. Kalau cakap pasal meatbal di IKEA, semua orang tau. Ada masa kita terpaksa beratur panjang untuk beli makanan kat foodcourt IKEA ni. Punya la laku sampai orang terpaksa beratur.

Tapi sepandai-pandai rakyat Malaysia ni beratur nak menunjukkan mereka ni berhemah, sebenarnya mentaliti beruk masih ada dalam diri mereka. Kenapa macam beruk? Cuba tengok meja diorang lepas makan. Bersepah macam tempat longgokan sampah. Belum lagi yang makan chicken wing. Tulang letak kat meja.

Mentaliti kelas ketiga ni selalunya akan disokong dengan alasan,

"Kan diorang ada upah pekerja yang bersihkan foodcourt ni. Nanti takde keje pulak kalau kita yang tolong bersihkan."

Orang Malaysia. Penuh dengan alasan. Tak luak pun kalau kita kemas elok-elok meja tu lepas kita makan. Buang la sisa makanan kat tong sampah. Bukannya kena keluar duit pun nak buat semua tu. Dah la foodcourt tu sentiasa penuh. Kesian la orang yang nak guna meja lepas tu.

Kesedaran sivik ni perlu diajar masa di rumah lagi. Tapi yang peliknya, kenapa kat rumah kita pandai buang sampah sendiri lepas makan?

Friday, February 18, 2011

Charlie St. Cloud




Ni adalah 1st time aku tengok Zac Efron tak menyanyi atau menari beramai-ramai ala Bollywood. Ni juga bukan 1st time aku menghabiskan menonton movie di rumah seorang diri kerana Husna terlebih dahulu menutupkan mata sebelum habis movie.

Jalan cerita boleh tahan. Mamat kegilaan gadis ni rupanya boleh berlakon. Not just a face. Awek dalam movie ni pun comel.

Malam ni layan movie lain pulak. Harap-harap mata Husna tak pejam awal.



P/s : Apasal perut aku takde ketul-ketul macam perut mamat ni? Aku rasa tu semua kamera trik.

Thursday, February 10, 2011

Teknologi memang melekakan


Testing testing. Macam best je blogging guna iphone ni. Dapat pulak application hasil dari jailbreak.

Lepas ni baru rajin nak update blog. Kah kah kah.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 27, 2011

Hari Wilayah

1 Februari setiap tahun, warga kerja di Kuala Lumpur akan bercuti sempena Hari Wilayah. Cuti yang dapat merehatkan diri bagi pekerja warga kota dari terus pura-pura bekerja dan melayan fesbuk.

Hari ini 27 Januari 2011. Hari Khamis. Maknanya ada 5 hari sebelum Hari Wilayah. Hari ini warga kerja Kuala Lumpur masih belum cuti dan status fesbuk masih perlu di-update.

Tapi apa jadahnya nak buat raptai Hari Wilayah dan tutup banyak jalan kat KL ni hari ini? Siapa yang bodoh sangat suruh buat raptai masa orang tengah sibuk sibuk harung jem nak ke tempat kerja? Hujung minggu tak boleh buat?

Ini bukan kerja gila. Ini kerja bangang. Bangang bangang bangang!